- Modul 1 : Fizik, kimia, biologi, math, english
- Modul 2 : Fizik, kimia, sains komputer, math, english
- Modul 3 : Kimia, biologi, sains komputer, math, english
Mula-mula sis dapat modul 1 nanti korang akan dibahagikan ikut praktikum. Praktikum ni mcm kelas la kalau kat sekolah tapi jumlah pelajarnya sedikit. Pabila sis masuk buat kali pertamanya opkos la kan kene introduce diri dulu "part ni paling x suka" sebab sis ni malu-malu kucing sikit xD. Rata-rata kat dalam praktikum sis tu hebat giler nk mati SPM mereka dan keputusan SPM sis biasa-biasa je. Dalam banyak-banyak subjek sis paling x suka subjek fizik...sis memang dah tekad x nk amik fizik or apa-apa sahaja yg berkaitan dgn fizik. Lepas je dapat result SPM sis memang dah tanam dalm kepala hotak sis 'PHYSICS IS MY ENEMY' haha ayat paling kejam yg pernah sis tanam. Jadi sis decide untuk tukar modul kepada modul 3 sebab x de fizik dan sis lebih rela amik sains komputer daripada fizik. Sis pun menggagahkan diri pergi pejabat HEP untuk penuhkan borang tukar modul. Sementara menunggu keputusan tukar modul tu lebih kurang seminggu macam tu tetibe lecturer yg ajar fizik tu nk buat physics diagnostic test...rasa nk hantuk kepala kat dinding sebab sis dh banyak lupa ye la lima bulan kau cuti memang membeku la otak kan...jadi sis pun jawab je la test tu mengikut apa yg tersisa dalam hotak yg masih belum menjalani proses pembekuan lagi..nasib baik A B C je jadi yg x tahu boleh taram mengikut sesuka hati seenak selera 'ayat ustad rock waktu sekolah'!. Esoknya lecturer tu bagi tau keputusan test fuhh masa tu deborr giler mana x nya lecturer tu sebut nama sorang2 ngan markah sekali ramaii gilerr yg fail test tu dan sis merasakan sis pun fail tapi sebenarnya sis x fail pon siap dapat 3rd highest bangga la jugak time tu nasib x kembang je hidung. Almaklumlah yg dlm praktikum tu semua hebat2 jd sis expect diaorang atas sis syukur alhamdulillah mungkin sasaran sis masa menembak tu tepat pada tempatnya hahaha...'x paham x pe'
Setelah seminggu berlalu sis berjaya untuk tukar modul walaupun sis dpat helok dalam test fizik tu sis tetap nk tukar dan sis telah rasmi menjadi pelajar modul 3 dgn jayanya.
ni la dia budak2 praktikum sis. time nih sis bambam akibat food overdose
sis belanja satu gambar formal...sis mcm makcik2 sbb pakai tudung awning
Selama setahun macam2 sis lalui manis, masam, masin, pahit, payau semua ada...tp adatlah dalam bersahabat kan kawan-kawan. Tgh belajar mesti ada member paling rapat kannn
Fatin Munazzah la member sis yg paling ngam waktu matrik *no spec*
Kalau amik subjek bio mmg ada satu eksperimen bedah tikus kalau kat sekolah ada bedah katak kan kt matrik kita bedah tikus. Tikus kan adalah satu makhluk yg berbau harummm semerbak jd walaupun pakai mask pun still bau. Sis nk buat tp sis geli nk pegang walaupun dh pkai glove. Sis cuba sedaya upaya utk pegang tikus ni tp sis x boleh tangan sis menggigil oiii jd sis pun mintak permission drpd lecturer supaya sis x buat eksperimen ni haha nasib baik lecturer tu sempoi dia suruh sis jd photographer je hari tu.
gebusss x tikus ini....haha ni la tikus makmal yg nk kene operate
time nih nk besiap- siap untuk dinner...mak jemah nk test sat kain batik ni
taraaaa nih gambar dinner mata sis x leh kene flash kan dah bertukaq jd mata meoww
yeahhh kami dapat no.2 dlm pertandingan explorace haha kau hado
tudiaaa... byk kan makanan ini moment paling top meletop nk berbuka
pose sesame
haiippp ada orang amek gambar kami curi2...kak patin pandang
apa kat bawah tu
amik kesempatan main snap2 before ada orang lain masuk
baru habihh gotong-royong sis je rilek x buat gaya ape2
masa ni dh hujung2 sem sebak pulak sis :'(
Ni la life sis wktu matrik dulu susah senang kami harung bersama-sama. Walaupun setahun tp mengajar sis mcm mana nk appreciate orang lain. Skrg ni memasing sambung degree dlm bidang masing2 ad yg dekat ad jugak yg jauhhh tercampak macam sis ni. Tak pe jauh perjalanan luas pandangan. Haha next entry kita citer pasai degree pulak hokayy
No comments:
Post a Comment