Sis nk share sikit pasal pengalaman sis semasa amik ujian JPJ. Yeayyy satu langkah je lg lesen P bakal dalam genggaman. Entry sebelum sis dh cerita bahawasanya ujian QTI atau pra test perlu lulus untuk membolehkan korang mengambil test JPJ. Lepas sis lulus QTI cikgu sis terus book kan sis tarikh ujian JPJ lebih kurang dua minggu selepas lulus QTI. Ujian JPJ adalah pd hari selasa kt tempat sis so sis buat warming up hari isnin kiranya mcm latihan terakhir sebelum ujian JPJ supaya idok le gelabah esoknya dan lebih bersedia. Ingat nk bersenam je kene warming up nk test JPJ pun kene warming up tau. Kalau boleh buat sesi warming up buatlah pd hari terdekat dgn test JPJ supaya x de la membeku biasanya sehari dua sebelum tarikh test JPJ.
Masa sis buat sesi warming up no giliran sis dh dikeluarkan sis dapat no 21 ok la x cepat x lmbat sgt so so je...Sebelum test JPJ jgn lupa untuk ulangkaji bab RPK dan RSM supaya x de la korang kene tolak markah sbb tertinggal atau terlupa nk menyebut/ memeriksa komponen2 yg telah ditunjukkan waktu sesi KPP02 jgn buat2 lupa pulak ye...kalau x ingat apa yg cikgu korang ajar korang boleh bukak youtube sbb sis pun x ingat apa yg cikgu ajar dulu so sis dgn senang hati bukak youtube dan melambak kau video pasal RPK dgn RSM so ikut je la yg dlm youtube hehe..
Semasa hari kejadian iaitu pada hari Selasa mcm biasa kene la daftar dulu bg I/C dgn lesen L then sis diberi baju nombor. So sis dpt baju nombor 21. Sementara nk tunggu semua calon daftar smpat lg cikgu sis bg penerangan pasal RPK last minutes sebelum JPJ tu dtg. Semangat betul cikgu sis ni sis tgok cikgu lain x de pulak nk tunjuk RPK ni kt ank murid diorang waktu waktu gini. Lps cikgu sis membebel bla bla bla org JPJ pun dh sampai so ni la waktu yg digeruni oleh semua calon yg ada haha...ujian JPJ ni terdiri drpd 2 bahagian iaitu bahagian 2 (RPK dan litar-bukit, parking, tiga penjuru, s cross, z cross dan ada tambahan utk auto iaitu ramp) dan bahagian 3 (jalan raya). Disebabkan sis no 21 so sis punya la konfiden boleh dengar yg no 1 tu buat RPK tp apa yg berlaku sis pulak yg dipanggil dulu sebab auto ada 3 orang je yg berpuluh lain nya adalah manual so dia nk habiskan dulu auto. Aduiiii mak aii org first kau dh la kene buat dpn calon2 lain kalau sis salah habis semua org ikut. Tipu la kalau x nervous sis punya nebes smpai sis lupa nk cek tayar belah kanan nasib baik JPJ tu dok belah kiri so dia x nmpk yg sis x buat. Bukan takat tayar je road tax pun lupa nk sebut tp tu JPJ perasan so dia tolak markah sis sikit.
X lama lepas tu no sis dipanggil lagi untuk buat litar jd orang pertama mmg semua org akan tengok kau buat. Mula2 sis kena buat ujian naik bukit part bukit ni JPJ bg 2 kali peluang kalau first korang x lepas korang boleh buat lg sekali tp jgn masa tayar x masuk tu korang pegi angkat tangan mmg fail la...pastikan tayar dpn betul2 masuk line kuning baru angkat tangan. Sis buat dua kali part bukit ni adoyaiii masa first tu tayar masuk separuh je tercepat pulak tekan brek so pk cik JPJ bagi second chance kt sis nasib baik kali kedua masuk so sis angkat tangan dan jalan menuju ke ramp. Ujian ramp hanya untuk yg amik auto je yg manual akan terus pergi ke side parking. Masa ramp ni la abam JPJ tu baik hati nk tolong kali ni abam JPJ pulak ye yg kt bukit tu pk cik JPJ so abam JPJ ni yg akan menilai drpd ramp sampai habis z cross. Salah seorang drpd kami yg amik auto telah terbuat satu kesalahan mendatori yg mana boleh menyebabkan kegagalan bahagian 2 diingatkan kalau salah satu part litar fail semua part bahagian 2 dikira fail dan korang perlu repeat semula drpd RPK wktu buat ujian ulangan. "Yg ni saya tolong nnt part parking, tiga penjuru, lain-lain saya x leh tolong" kata abam tersebut. Disebabkan kami antara yg awal jd mood abam tu masih baik dia bg la lulus part ramp tu.
Ujian diteruskan ke side parking...disebabkan sis orang pertama dipanggil makanya sis banyak la tanya abam JPJ tu...lepas tu nk pegi mana encik? dh boleh jln ke encik? mcm2 la soalan nasib baik dia x meluat dgn sis sbb tnya banyak sangat haha...kalau x tanya nnt salah semua orang pun ikut salah sis ni umpama ketua calon so sis perlu tunjukkan yg betul kt depa...cewahhh...ok parking cantik!! ngam2 je takut jugak sis sbb ramai yg fail part parking sbb tayar dpn terkena garisan x payah nk gelojoh2 part parking ni sbb masa yg diberi 5 minit take time je rileks2 kalau mati enjin pun x pe boleh start balik. Lepas tu sis teruskan ke ujian tiga penjuru yg part ni x boleh mati enjin kalau mati enjin fail ok sbb syaratnya hanya boleh melakukan 3 pergerakan sahaja (masuk, reverse, keluar) lebih daripada 3 fail dan pastikan tidak menyentuh garisan!!! jgn lupa isyarat sbb sis kene potong markah sbb x buat CITO waktu buat tiga penjuru tp itu adalah bukan kesalahan mendatori so lulus je...sebenarnya part tiga penjuru yg sis paling takut sbb waktu belajar sis selalu x dpt tegakkan kereta waktu reverse sbb lmbat balas stereng so risiko utk kene garisan agak tinggi yg boleh menyebabkan fail tp alhamdulillah sis berjaya menegakkan kereta dgn cantiknya dan keluar dari tiga penjuru dgn jayanya...sis dh boleh lega sbb lepas ni tinggal s cross dgn z cross je. S cross dgn z cross ni memang mudah jnji tahu kawal stereng boleh lulus. Jgn ingat x de org yg fail dkt cross ni ada je sis nmpk kereta dia naik dkt tebing batu so kan dh fail padahal dh nk habiskan untuk bahagian 2 sayang la benda susah pass tp benda senang fail. X memasal kene repeat semula bahagian 2. So jgn amik mudah s cross dgn z cross pokok pangkalnya kena berhati2 walaupun benda tu mudah sekali pun. Sis pun menghabiskan s cross dgn z cross dgn jayanya maka luluslah sis untuk bahagian 2.
Habis buat bahagian 2 sis keluar dari kereta dan menuju ke pondok JPJ untuk amik borang...ketaq lutut sis keluar dari kereta baq hang tp x pa la janji lulus. Setibanya sis kt pondok JPJ tu abam tu teruss tanya sis "awak keje mana". What??? tua sangat ke aku ni sampai dia ingatkan aku ni dh keje kah kah kah sis pun jwb "x la saya x keje pun saya belajar" abam tu tanya lg "universiti??" smbil dia pegang lesen L sis yg gambaqnyer mak aihh dgn tudung senget pipi tembam...dlm hati sis kuang asam betul la dia ni dok tengok lama2 lesen org sis pun jwb lg "aaa haaa universiti" dia x berhenti lg dia tanya lg "uni mana?" dgn gagahnya sis jwb "umt" pastu dia tolong translate "universiti malaysia terengganu...owhhh boleh kecek ganu la ni???" ciss tanya lagi sis jwbkan je la "boleh la sikit2" walaupun sis mcm malas nk laayan. Perbualan x terhenti lg dia tanya lg "ayah asal mana?" dh tetibe pulak tanya pasal ayah aku maka sis jwb "ayah org johor" pas tu dia kata "saya ingatkan awak ni org pantai timur sbb tgok nama awak ada wan pastu awak belajar dkt ganu". Adoyaii sis syak abam ni minat awek pantai timur sbb tu dia banyak nau tanya sis sbb dia ingatkan sis ni org pantai timur ha ha ha...sis ingatkan dia nk bg dh borang dgn lesen sis rupanya ada lagi soklan dia "amik kos apa?" dlm hati sis hek elehhh mamat ni nk bg ke x borang aq tuhhh ramai lagi yg tgh tunggu turn encik oiii sis dh la tgh ketaq lutut dia boleh pulak jd detektif kt situ sis pun jwb "amik pemakanan" padahal panjang nama kos sis sbb malas nk jwb sis jwb pendek je lepas tu baru la dia bg borang dgn lesen sis sambil ckp dgn sis "haa lepas ni boleh makan makan" sbb sis amik kos pemakanan. Ada pulak mcm tu disebabkan kekurang asaman abam tu sis lupa nk ckp terima kasih sbb bg sis lulus. Sis x sengaja ok sbb mmg terlupa kpd abam JPJ berkenaan terima kasih...ok dh ckp kan ha ha ha...Sapa ckp org JPJ semua garang2 tahu nk failkan org je ada je yg ok biasalah bergantung pd nasib dapt yg garang strict x payah nk takut pun bukan depa makan org pun selagi kita x buat salah x de apa pun kalau buat salah ko tanggung la sendiri hehe
Sis pun bagi la borang tu kt kerani yg bertugas untuk tunggu turn bahagian 3 iaitu jln raya. Waktu ni sis mengharapkan pk cik JPJ yg akan jd penguji untuk sis disebabkan kekurang asaman abam JPJ tadi haha...masa sis tunggu no giliran dipanggil ada sorang pk cik JPJ tu tanya kt kerani yg bertugas "ada calon auto x?" masa tu sis konfiden je ingatkan pk cik JPJ ni yg akn jd tester sis sebab dia sibuk nau tanya pasal calon auto sekali yg keluar panggil no sis ialah abam JPJ "no. 21 ok jom" punah harapan sis. Masa ni sis cuma berharap supaya dia tidaklah seperti abam JPJ masa sis buat bahagian 2 tu dan memang betul dia amat berlainan dgn abam JPJ bahagian 2. Sepanjang sis test jlan rya abam JPJ tu diam seribu bahasa x ckp ape pun kecuali waktu kt lebuh raya dia suruh up kan speed kpd 75 km/jam itu je okayhhh memang beza nau dgn abam JPJ yg kuang asam byk tanya tuhh. Sebelum korang pergi ke jln raya korang perlu untuk buat RSM dan perlu diingatkan setiap komponen RSM tu ada markah kalau x buat slah satu mmg kene tolak markah. Selesai buat RSM abam JPJ terus ckp "jalan C" perghhh sis x suka jln C sbb ada roundabout sis selalu kelam kabut sikit kt roundabout tu. Betul la org ckp benda yg kita x suka tu yg kita dpt. Nk buat mcm mana redah je la. Selesai meredah jalan C maka smpai la sis ke sekolah memandu semula. Sis ingatkan sis lulus dgn flying color sbb abam tu x ckp ape2 sekali tgok markah kt borang tu sis punya markah atas pagar je 66/80 markah lulus 64/80 ciss dlm hati sis bahaya jgak dia nie diam2 dia boleh failkan org sbb abam ni mmg x kn tegur langsung kesalahan yg dibuat. Setiap part dia potong markah sis untuk CITO dgn gagal menggunakn gear yg sesuai. Yg CITO tu mmg sis ngaku sbb sis x buat titik buta sampai ke sudah. Sis pun x ingat masa tu ye la abam ni pun x tegur lgsung so sis x perasan yg sis buat salah. Sis ada dengar ada sesetengah JPJ dia akan tegur calon kalau buat kesalahan dan bg warning supaya x buat lg kesalahan tu so dkt sini nasib sis kurang baik sbb dpt abam JPJ yg diam2 membunuh ha ha ha. Part gear kalau nk ikutkan skema JPJ sis kene turunkan gear ke gear 3/2/L kalau kt selekoh/roundabout mcm tu tp cikgu sis x ajar dia cuma ajar jalan guna gear D je so mmg sis banyak kene potong markah part gear tu. Tp alhamdulillah walaupun dpt markah atas pagar je tp sis lulus untuk bahagian 3. Untuk ujian bahagian 3 ni x ramai yg fail yg ramai fail adalah bahagian 2 sbb bahagian 3 as long kau ikut peraturan jln raya dan berada di lorong yg betul insyaAllah boleh lulus. Kalau boleh sis x nk fail kalau fail diingatkan ye untuk mengambil ujian ulangan perlu la membyar lebih kurang RM100 rugi kan boleh makan untuk 10 hari kot lain la kalau korang murah hati nk bg JPJ tu x pe la hehe...
Selepas tu boleh la proceed dgn hantar balik borang dkt kerani yg bertugas tadi dan t/tangan mana yg patut dan baju nombor boleh la dikembalikan. Disebabkan sis lulus kedua-dua bahagian maka sis boleh buat lesen P . Lesen P boleh disiapkan dlm masa 3 hari bekerja sis diberi pilihan sama ada pergi sendiri ke pjabat JPJ atau mintak cikgu yg buatkan. Harga untuk lesen P adalah RM 60. Sis memilih utk mintak cikgu sis yg buatkan so ada tmbahn caj RM5 total RM65. Sekarang sis sudah pun memiliki lesen P yg sah. Buat yg bakal hadapi test JPJ good luck ye!
Tuesday, 16 August 2016
Lesen oh lesen
Fuhhhh berhabuk tahap infinity dah blog sis. Sekembalinya sis nk menghupdate untuk membebel pasal lesen hehe. Entry lepas2 sis ada menyatakan bahawa sis takut utk amik lesen dan sekarang sis nk ckp kt sini sis dh berjaya untuk menembusi ketakutan tersebut yeayy...saya secara rasmi menjadi pemandu yg sah!. Umur 22 dh kira agak lewat jugak utk dptkan lesen kwn2 sis lepas spm depa teruihhh ad lesen tp x pe la asalkan dpt lesen dan boleh bawak kereta. Sis amik ni pun sbb memikirkan x lama lg nk intern kalau x de lesen agak susah sbb tu sis pulun habis habisan sebelum habis cuti sem utk dptkan lesen. Kalau idok x de maknanya.
So bg yg nk berjinak-jinak nk amik lesen kereta korang boleh pilih sama ada transmisi manual (kelas D) atau transmisi auto (kelas DA) dan sis merupakan pemegang lesen (DA) hehe... knp auto menjadi pilihan sis? org selalu dok kata rugi amik auto sbb cuma boleh bawak auto je konpom x boleh bwk manual dan kami pemegang kelas DA mmg sama sekali tidak dibenarkan membawa kereta manual dan harga untuk kelas DA adalah lebih mahal berbanding kelas D iaitu manual. Kalau kt tmpt sis harga kalau daftar dgn ofis utk DA adalah RM 1300++ dan kelas D dlm RM 900++. Harga berbeza kalau dftar dgn ejen or instructor sekolah memandu itu sendiri opkos lg mahal sbb umpamanya kita mengupah mereka untuk menguruskan lesen.
Ramai yg cakap amik auto ni rugi la loser la bla bla bla...tp sis x peduli suka ati la duit aku haha gurau je sebenarnya sis ada sebab yg tersendiri sbb apa sis pilih auto first sis nk ckp auto ni mudah nk lulus so x payah la engko nk susah hati sbb takut enjin mati, kereta turun bukit, gear x masuk la n bla bla bla insyaAllah sekali ujian je ko dh boleh lulus dgn jayanya dgn syarat ko jgn cuai tu je sbb masalah yg selalu budak auto ni gagal sbb body terlajak atas garisan sewaktu side parking sbb terlebih tekan minyak so kawalan minyak dgn brek mesti cekap supaya idok le terlajak kereta tu. Sbb kedua knp auto menjadi pilihan sbb kereta kt rumah semua nye auto haha yg ketiga nya sis duk area bandar sis rasa kereta auto lebih sesuai x de la lenguh2 kaki sis nk hadap jem. Lg satu auto ni senang nk belajar dan lebih cepat nk jd pandai berbanding yg bwk manual disebabkan sis nk cepat2 dptkan lesen sblum cuti sem habis so better amik auto risiko utk mengulang tu agak rendah so x de la makan masa nk repeat2 bagaiii takut x sempat je and one more thing x ramai org yg amik auto so kita boleh belajar banyak kali dlm seminggu untuk habiskan masa belajar sbb x de org yg nk guna kereta tu haha dan terus boleh test dgn cepat. Lain org lain pendapat so terpulanglah pd masing2 nk pilih yg mana yg terbaik wokeyhh peace no war!!!
Kita berbalik pada tajuk x kisahlah amik manual ke amik auto ke silibus dia sama je mula2 sekali ko dftar la dulu dgn mana2 sekolah memandu yg korang rasa sesuai. Sis belajar dekat SIJ Krubong sbb dekat dgn rumah so mama sis boleh hantar dgn jayanya kalau nk ikut harga ada yg lg murah tp jauh bebenau dari rumah so sis pilih yg dekat2 je. Sis daftar terus kt ofis sbb dekat dgn rumah so boleh settle sendiri x payah pakai ejen or instructor. Jimat duit. Lepas daftar korang akan diberi tarikh untuk KPP01 iaitu ceramah selama 6 jam kot x silap. Ceramah ni akan berlangsung selama satu hari je mula dari pagi smpai petang dan korang akn diberi satu buku teks. Berasap punggung kau nak tunggu habis nasib baik penceramah kt situ x boring so x de la rasa lama sangat. Habis ceramah korang boleh proceed untuk amik test komputer haha kt sini ramai orang kandas sbb x lulus ujian komputer. Markah lulus adalah 42/50 kau boleh salah lapan je lebih drpd tu ko bayor la utk repeat yg ni sis x sure berapa ringgit sbb sis x repeat. Rahsia lulus senang je baca je buku teks kalo malas sgt nk baca mcm tempat memandu sis ada jual buku soalan jpj harganya RM5 je..so jwb je soalan2 dlm buku tu rasanya sekolah memandu yg lain pun ada jual buku soalan ni. Korang boleh amik test ni lepas seminggu ceramah so lepas seminggu dh boleh booking utk test komputer. Waktu test komputer korang kene bayor RM10 utk amik gambar dan gambar tu terus dihantar ke sistem so korang x kan dpt pun gambar tu nnt. Kalau lulus korang perlu beri transkrip keputusan tu dkt siapa korang mendaftar kalo sis terus anto pejabat dan jgn lupa korang perlu beri gambar lesen ukuran passport berlatarbelakangkan warna putih ye bukan biru untuk proses pengeluaran lesen L. Kalau gagal pun korang kene bg jugak keputusan tu utk proses repeat test. Selagi x lulus selagi tu lesen L x boleh dikeluarkan.
Dlam masa seminggu lebih mcm tu lesen L dh boleh dpt dah tp sis x tau tempt lain mcm mana. Once lesen L dh dpt so kita boleh teruskan utk buat KPP02 iaitu korang akan diajar tentang RPK dan RSM beserta amali di litar selama 5jam setengah so start drpd sini sis baru dpt cikgu..ye la sbb dftr dgn ofis kan so semua nya ofis yg tentukan org lain semua dh ada cikgu dari awal. Waktu RPK ni korang akan diajar untuk memeriksa luar kenderaan dan juga bahagian enjin so nnt waktu test JPJ korang kene cakap bahagian2 yg nk diperiksa dlm keadaan baik @ tak, paras minyak @ air bla bla cukup @ tak sbb setiap bahagian tu ada markah kalau korang x sebut salah satu markah akan ditolak. RSM pulak korang akan diajar rutin sebelum memandu mcm pastikan handbrake ditarik, gear free, betulkan tempat duduk, cermin sisi, cermin belakang, cek signal, lampu, simbol2 yg ada dkt dashboard n bla bla bla sama jugak setiap komponen mesti diperiksa kalo x markah akan ditolak. Lepas korang diajar RPK dengan RSM tu korang akan diajar untuk drive dlam litar iaitu naik bukit, side parking, tiga penjuru, s cross dan z cross dan bg yg ambil auto ad satu lg tmbahan iaitu ramp. Waktu ni la sis dpt pecahkan tembok ketakutan di mana kali pertama sis pegang steering dan menekan minyak tiba2 sis rasa seronok pulak langsung x takut cikgu sis siap cakap "kakak mcm dh pernah bwak kereta je...bagus la cara kawal stereng ajar sekali je dh bagus" padahal itulah kali pertama sis bwk kereta kalau sis tahu dari dulu bwk kereta ni best mesti dh amik awal2 haha..owhhh kenapa cikgu panggil sis kakak sbb cikgu sis tu orang dh berumur dah mcm ayah sis dh so dia anggap sis nie mcm anak dia. Langsung x pernah marah2 sis...kalo tegur pun elok2 je sis nk belajar pun x rasa stress. Siapa kata semua cikgu memandu tu garang2 belake ada je yg bersopan santun cuma nasib la kalau dpt yg baik ok la kalau yg dpt cikgu garang tadah telinga je la ye sbb ada jugak cikgu yg lain yg sis nmpk diorang rileks marah anak murid diorang malu kot kalo jd anak murid diorang...sis tengok pun stress tp alhamdulillah sis dpt cikgu yg baik.
Setelah habis 5jam setengah tu korang boleh la sambung ke KPP03 iaitu amali 10jam. Yg ni korang dh boleh start belajar atas jln raya. Sehari korang boleh belajar dlm 2 jam ikutla pd cikgu masing2. Kalau mcm sis cikgu sis suruh buat dlm litar dlm 1 jam dan selebihnya sis buat jln raya 1 jam. Jln raya agak mencabar sebab kwsn sis belajar adalh kwsn perindustrian mmg banyak lori besar2 yg ada dkt jln raya. First time bwak atas jln raya manyak syokkk x takut pun x tahu la knp sis punya confident level boleh naik mendadak dulu sis cukup takut dgn lori tp waktu sis bwk atas jln raya lori dh mcm semut je sis tengok siap bwk 80km/jam amik kau mcm org pro bwk kereta kadang2 tersasar nk sampai 90km/jam. Tp jgn salah sangka sis bwk 80km/jam ats jalan lebuhraya lurus kalo jaln biasa sis bwk 60km/jam nk mampus bwk 80km/jam alamatnya fail test JPJ. Cikgu sis ckp "kakak jgn laju2 slow sikit tengok meter tu jgn syok sangat tekan minyak". Haha kan dah kene tegur tp cikgu tu rilek je ckp elok2 x tengking2 pun dan sis pun bwk la leklok. Selama sis belajar bwk ats jln raya mmg ada je gangguan2 malaun-malaun jalan raya yg x reti nk patuhi undang2. Masa2 first time bwk tiba2 ada anjing duk tengah jalan aduihh nasib baik sis sempat brek anjing x pe lagi ada sekali tu ada sorang mamat ni naik motor dah la x pakai helmet lps tu x tgok kiri kanan main lintas je apa lagi sis brek emergency lalu berbunyilah tayar kereta sbb mmg dkt sangat jarak motor dia dgn kereta sis bwk tu lps tu cikgu sis honkan utk sis utk diberi kepada mamat tersebut haha...masa ni sis bwk slow okayh 40 je tu la kdg2 kita berhati2 tp bila ada org lain yg cuai dgn kita2 sekali terjebak. Sis pun pernah kene hon dgn lori padahal sis berada di lorong yg betul...lori tu yg salah dia yg salah lorong dia pulak yg hon kita. Cikgu sis sempat cakap "pedulikan je lori tu jgn jadi mcm dia org mcm tu la yg menyebabkan accident jalan ikut suka hati". Dlm hati sis mmg nk menyumpah je lori tu nasib ada cikgu kt sebelah je jd sis sabar je la. Masa untuk habiskan 10 jam amali bergantung pada seseorang ada yg amik masa 2 minggu ada yg 3 minggu ada yg sebulan nk habiskan ikutlah kepada cikgu masing2...then boleh amik ujian QTI atau pra test.
Ujian QTI atau pra test mcm ala2 test JPJ utk memastikan bahawa korang layak untuk diuji oleh JPJ atau tak. Ujian ni akan diuji oleh cikgu lain bukan cikgu korang ye. Nasib sis baik lg sekali sis dpt cikgu test yg baik jugak siap suruh shortcut jln sbb ujian ni 30 min je takut x sempat dh la banyak kereta karang terlebih masa pulak. Alhamdulillah sis lulus dan boleh proceed utk ujian JPJ kalau x lulus ujian QTI ni korang kene ulang balik ujian QTI dan korang akan disarankan untuk ambil kelas tambahan sis x sure berapa ringgit untuk satu jam so duit lagiiii kalau fail!!! better berlatih elok2, rasa konfiden baru amik test. Part JPJ sis sambung next entry

Subscribe to:
Posts (Atom)