Tuesday, 16 August 2016

Cerita test JPJ

Sis nk share sikit pasal pengalaman sis semasa amik ujian JPJ. Yeayyy satu langkah je lg lesen P bakal dalam genggaman. Entry sebelum sis dh cerita bahawasanya ujian QTI atau pra test perlu lulus untuk membolehkan korang mengambil test JPJ. Lepas sis lulus QTI cikgu sis terus book kan sis tarikh ujian JPJ lebih kurang dua minggu selepas lulus QTI. Ujian JPJ adalah pd hari selasa kt tempat sis so sis buat warming up hari isnin kiranya mcm latihan terakhir sebelum ujian JPJ supaya idok le gelabah esoknya dan lebih bersedia. Ingat nk bersenam je kene warming up nk test JPJ pun kene warming up tau. Kalau boleh buat sesi warming up buatlah pd hari terdekat dgn test JPJ supaya x de la membeku biasanya sehari dua sebelum tarikh test JPJ.

Masa sis buat sesi warming up no giliran sis dh dikeluarkan sis dapat no 21 ok la x cepat x lmbat sgt so so je...Sebelum test JPJ jgn lupa untuk ulangkaji bab RPK dan RSM supaya x de la korang kene tolak markah sbb tertinggal atau terlupa nk menyebut/ memeriksa komponen2 yg telah ditunjukkan waktu sesi KPP02 jgn buat2 lupa pulak ye...kalau x ingat apa yg cikgu korang ajar korang boleh bukak youtube sbb sis pun x ingat apa yg cikgu ajar dulu so sis dgn senang hati bukak youtube dan melambak kau video pasal RPK dgn RSM so ikut je la yg dlm youtube hehe..

Semasa hari kejadian iaitu pada hari Selasa mcm biasa kene la daftar dulu bg I/C dgn lesen L then sis diberi baju nombor. So sis dpt baju nombor 21. Sementara nk tunggu semua calon daftar smpat lg cikgu sis bg penerangan pasal RPK last minutes sebelum JPJ tu dtg. Semangat betul cikgu sis ni sis tgok cikgu lain x de pulak nk tunjuk RPK ni kt ank murid diorang waktu waktu gini. Lps cikgu sis membebel bla bla bla org JPJ pun dh sampai so ni la waktu yg digeruni oleh semua calon yg ada haha...ujian JPJ ni terdiri drpd 2 bahagian iaitu bahagian 2 (RPK dan litar-bukit, parking, tiga penjuru, s cross, z cross dan ada tambahan utk auto iaitu ramp) dan bahagian 3 (jalan raya). Disebabkan sis no 21 so sis punya la konfiden boleh dengar yg no 1 tu buat RPK tp apa yg berlaku sis pulak yg dipanggil dulu sebab auto ada 3 orang je yg berpuluh lain nya adalah manual so dia nk habiskan dulu auto. Aduiiii mak aii org first kau dh la kene buat dpn calon2 lain kalau sis salah habis semua org ikut. Tipu la kalau x nervous sis punya nebes smpai sis lupa nk cek tayar belah kanan nasib baik JPJ tu dok belah kiri so dia x nmpk yg sis x buat. Bukan takat tayar je road tax pun lupa nk sebut tp tu JPJ perasan so dia tolak markah sis sikit.

X lama lepas tu no sis dipanggil lagi untuk buat litar jd orang pertama mmg semua org akan tengok kau buat. Mula2 sis kena buat ujian naik bukit part bukit ni JPJ bg 2 kali peluang kalau first korang x lepas korang boleh buat lg sekali tp jgn masa tayar x masuk tu korang pegi angkat tangan mmg fail la...pastikan tayar dpn betul2 masuk line kuning baru angkat tangan. Sis buat dua kali part bukit ni adoyaiii masa first tu tayar masuk separuh je tercepat pulak tekan brek so pk cik JPJ bagi second chance kt sis nasib baik kali kedua masuk so sis angkat tangan dan jalan menuju ke ramp. Ujian ramp hanya untuk yg amik auto je yg manual akan terus pergi ke side parking. Masa ramp ni la abam JPJ tu baik hati nk tolong kali ni abam JPJ pulak ye yg kt bukit tu pk cik JPJ so abam JPJ ni yg akan menilai drpd ramp sampai habis z cross. Salah seorang drpd kami yg amik auto telah terbuat satu kesalahan mendatori yg mana boleh menyebabkan kegagalan bahagian 2 diingatkan kalau salah satu part litar fail semua part bahagian 2 dikira fail dan korang perlu repeat semula drpd RPK wktu buat ujian ulangan. "Yg ni saya tolong nnt part parking, tiga penjuru, lain-lain saya x leh tolong" kata abam tersebut. Disebabkan kami antara yg awal jd mood abam tu masih baik dia bg la lulus part ramp tu.

Ujian diteruskan ke side parking...disebabkan sis orang pertama dipanggil makanya sis banyak la tanya abam JPJ tu...lepas tu nk pegi mana encik? dh boleh jln ke encik? mcm2 la soalan nasib baik dia x meluat dgn sis sbb tnya banyak sangat haha...kalau x tanya nnt salah semua orang pun ikut salah sis ni umpama ketua calon so sis perlu tunjukkan yg betul kt depa...cewahhh...ok parking cantik!! ngam2 je takut jugak sis sbb ramai yg fail part parking sbb tayar dpn terkena garisan x payah nk gelojoh2 part parking ni sbb masa yg diberi 5 minit take time je rileks2 kalau mati enjin pun x pe boleh start balik. Lepas tu sis teruskan ke ujian tiga penjuru yg part ni x boleh mati enjin kalau mati enjin fail ok sbb syaratnya hanya boleh melakukan 3 pergerakan sahaja (masuk, reverse, keluar) lebih daripada 3 fail dan pastikan tidak menyentuh garisan!!! jgn lupa isyarat sbb sis kene potong markah sbb x buat CITO waktu buat tiga penjuru tp itu adalah bukan kesalahan mendatori so lulus je...sebenarnya part tiga penjuru yg sis paling takut sbb waktu belajar sis selalu x dpt tegakkan kereta waktu reverse sbb lmbat balas stereng so risiko utk kene garisan agak tinggi yg boleh menyebabkan fail tp alhamdulillah sis berjaya menegakkan kereta dgn cantiknya dan keluar dari tiga penjuru dgn jayanya...sis dh boleh lega sbb lepas ni tinggal s cross dgn z cross je. S cross dgn z cross ni memang mudah jnji tahu kawal stereng boleh lulus. Jgn ingat x de org yg fail dkt cross ni ada je sis nmpk kereta dia naik dkt tebing batu so kan dh fail padahal dh nk habiskan untuk bahagian 2 sayang la benda susah pass tp benda senang fail. X memasal kene repeat semula bahagian 2. So jgn amik mudah s cross dgn z cross pokok pangkalnya kena berhati2 walaupun benda tu mudah sekali pun. Sis pun menghabiskan s cross dgn z cross dgn jayanya maka luluslah sis untuk bahagian 2.  

Habis buat bahagian 2 sis keluar dari kereta dan menuju ke pondok JPJ untuk amik borang...ketaq lutut sis keluar dari kereta baq hang tp x pa la janji lulus. Setibanya sis kt pondok JPJ tu abam tu teruss tanya sis "awak keje mana". What??? tua sangat ke aku ni sampai dia ingatkan aku ni dh keje kah kah kah sis pun jwb "x la saya x keje pun saya belajar" abam tu tanya lg "universiti??" smbil dia pegang lesen L sis yg gambaqnyer mak aihh dgn tudung senget pipi tembam...dlm hati sis kuang asam betul la dia ni dok tengok lama2 lesen org sis pun jwb lg "aaa haaa universiti" dia x berhenti lg dia tanya lg "uni mana?" dgn gagahnya sis jwb "umt" pastu dia tolong translate "universiti malaysia terengganu...owhhh boleh kecek ganu la ni???" ciss tanya lagi sis jwbkan je la "boleh la sikit2" walaupun sis mcm malas nk laayan. Perbualan x terhenti lg dia tanya lg "ayah asal mana?" dh tetibe pulak tanya pasal ayah aku maka sis jwb "ayah org johor" pas tu dia kata "saya ingatkan awak ni org pantai timur sbb tgok nama awak ada wan pastu awak belajar dkt ganu". Adoyaii sis syak abam ni minat awek pantai timur sbb tu dia banyak nau tanya sis sbb dia ingatkan sis ni org pantai timur ha ha ha...sis ingatkan dia nk bg dh borang dgn lesen sis rupanya ada lagi soklan dia "amik kos apa?" dlm hati sis hek elehhh mamat ni nk bg ke x borang aq tuhhh ramai lagi yg tgh tunggu turn encik oiii sis dh la tgh ketaq lutut dia boleh pulak jd detektif kt situ sis pun jwb  "amik pemakanan" padahal panjang nama kos sis sbb malas nk jwb sis jwb pendek je lepas tu baru la dia bg borang dgn lesen sis sambil ckp dgn sis "haa lepas ni boleh makan makan" sbb sis amik kos pemakanan. Ada pulak mcm tu disebabkan kekurang asaman abam tu sis lupa nk ckp terima kasih sbb bg sis lulus. Sis x sengaja ok sbb mmg terlupa kpd abam JPJ berkenaan terima kasih...ok dh ckp kan ha ha ha...Sapa ckp org JPJ semua garang2 tahu nk failkan org je ada je yg ok biasalah bergantung pd nasib dapt yg garang strict x payah nk takut pun bukan depa makan org pun selagi kita x buat salah x de apa pun kalau buat salah ko tanggung la sendiri hehe

Sis pun bagi la borang tu kt kerani yg bertugas untuk tunggu turn bahagian 3 iaitu jln raya. Waktu ni sis mengharapkan pk cik JPJ yg akan jd penguji untuk sis disebabkan kekurang asaman abam JPJ tadi haha...masa sis tunggu no giliran dipanggil ada sorang pk cik JPJ tu tanya kt kerani yg bertugas "ada calon auto x?" masa tu sis konfiden je ingatkan pk cik JPJ ni yg akn jd tester sis sebab dia sibuk nau tanya pasal calon auto sekali yg keluar panggil no sis ialah abam JPJ "no. 21 ok jom" punah harapan sis. Masa ni sis cuma berharap supaya dia tidaklah seperti abam JPJ masa sis buat bahagian 2 tu dan memang betul dia amat berlainan dgn abam JPJ bahagian 2. Sepanjang sis test jlan rya abam JPJ tu diam seribu bahasa x ckp ape pun kecuali waktu kt lebuh raya dia suruh up kan speed kpd 75 km/jam itu je okayhhh memang beza nau dgn abam JPJ yg kuang asam byk tanya tuhh. Sebelum korang pergi ke jln raya korang perlu untuk buat RSM dan perlu diingatkan setiap komponen RSM tu ada markah kalau x buat slah satu mmg kene tolak markah. Selesai buat RSM abam JPJ terus ckp "jalan C" perghhh sis x suka jln C sbb ada roundabout sis selalu kelam kabut sikit kt roundabout tu. Betul la org ckp benda yg kita x suka tu yg kita dpt. Nk buat mcm mana redah je la. Selesai meredah jalan C maka smpai la sis ke sekolah memandu semula. Sis ingatkan sis lulus dgn flying color sbb abam tu x ckp ape2 sekali tgok markah kt borang tu sis punya markah atas pagar je 66/80  markah lulus 64/80 ciss dlm hati sis bahaya jgak dia nie diam2 dia boleh failkan org sbb abam ni mmg x kn tegur langsung kesalahan yg dibuat. Setiap part dia potong markah sis untuk CITO dgn gagal menggunakn gear yg sesuai. Yg CITO tu mmg sis ngaku sbb sis x buat titik buta sampai ke sudah. Sis pun x ingat masa tu ye la abam ni pun x tegur lgsung so sis x perasan yg sis buat salah. Sis ada dengar ada sesetengah JPJ dia akan tegur calon kalau buat kesalahan dan bg warning supaya x buat lg kesalahan tu so dkt sini nasib sis kurang baik sbb dpt abam JPJ yg diam2 membunuh ha ha ha. Part gear kalau nk ikutkan skema JPJ sis kene turunkan gear ke gear 3/2/L kalau kt selekoh/roundabout mcm tu tp cikgu sis x ajar dia cuma ajar jalan guna gear D je so mmg sis banyak kene potong markah part gear tu. Tp alhamdulillah walaupun dpt markah atas pagar je tp sis lulus untuk bahagian 3. Untuk  ujian bahagian 3 ni x ramai yg fail yg ramai fail adalah bahagian 2 sbb bahagian 3 as long kau ikut peraturan jln raya dan berada di lorong yg betul insyaAllah boleh lulus. Kalau boleh sis x nk fail kalau fail diingatkan ye untuk mengambil ujian ulangan perlu la membyar lebih kurang RM100 rugi kan boleh makan untuk 10 hari kot lain la kalau korang murah hati nk bg JPJ tu x pe la hehe...

Selepas tu boleh la proceed dgn hantar balik borang dkt kerani yg bertugas tadi dan t/tangan mana yg patut dan baju nombor boleh la dikembalikan. Disebabkan sis lulus kedua-dua bahagian maka sis boleh buat lesen P . Lesen P boleh disiapkan dlm masa 3 hari bekerja sis diberi pilihan sama ada pergi sendiri ke pjabat JPJ atau mintak cikgu yg buatkan. Harga untuk lesen P adalah RM 60. Sis memilih utk mintak cikgu sis yg buatkan so ada tmbahn caj RM5 total RM65. Sekarang sis sudah pun memiliki lesen P yg sah. Buat yg bakal hadapi test JPJ good luck ye!




2 comments:

  1. tulah sis,klau kat tmpat saya roundabaout tu mmg ada dlm kv so nak tak nak kna lalu,then saya mmg ada masalah nk pusing bnda alah tu sbb sempit,huaa,takut lah plk

    ReplyDelete
  2. Harrah's Philadelphia Casino & Racetrack Tickets - JTM Hub
    Get Harrah's Philadelphia 양산 출장샵 Casino & 양산 출장안마 Racetrack tickets & upcoming 2021 event schedule. Find 안성 출장안마 Harrah's Philadelphia Casino & Racetrack venue concert and 김해 출장안마 event schedules, Fri, 경산 출장안마 Dec 17Keith OlbermannFeb 17, 2022Too Short

    ReplyDelete