Tuesday, 16 August 2016

Lesen oh lesen

Fuhhhh berhabuk tahap infinity dah blog sis. Sekembalinya sis nk menghupdate untuk membebel pasal lesen hehe. Entry lepas2 sis ada menyatakan bahawa sis takut utk amik lesen dan sekarang sis nk ckp kt sini sis dh berjaya untuk menembusi ketakutan tersebut yeayy...saya secara rasmi menjadi pemandu yg sah!. Umur 22 dh kira agak lewat jugak utk dptkan lesen kwn2 sis lepas spm depa teruihhh ad lesen tp x pe la asalkan dpt lesen dan boleh bawak kereta. Sis amik ni pun sbb memikirkan x lama lg nk intern kalau x de lesen agak susah sbb tu sis pulun habis habisan sebelum habis cuti sem utk dptkan lesen. Kalau idok x de maknanya.

So bg yg nk berjinak-jinak nk amik lesen kereta korang boleh pilih sama ada transmisi manual (kelas D) atau transmisi auto (kelas DA) dan sis merupakan pemegang lesen (DA) hehe... knp auto menjadi pilihan sis? org selalu dok kata rugi amik auto sbb cuma boleh bawak auto je konpom x boleh bwk manual dan kami pemegang kelas DA mmg sama sekali tidak dibenarkan membawa kereta manual dan harga untuk kelas DA adalah lebih mahal berbanding kelas D iaitu manual. Kalau kt tmpt sis harga kalau daftar dgn ofis utk DA adalah RM 1300++ dan kelas D dlm RM 900++.  Harga berbeza kalau dftar dgn ejen or instructor sekolah memandu itu sendiri  opkos lg mahal sbb umpamanya kita mengupah mereka untuk menguruskan lesen. 

Ramai yg cakap amik auto ni rugi la loser la bla bla bla...tp sis x peduli suka ati la duit aku haha gurau je sebenarnya sis ada sebab yg tersendiri sbb apa sis pilih auto first sis nk ckp auto ni mudah nk lulus so x payah la engko nk susah hati sbb takut enjin mati, kereta turun bukit, gear x masuk la n bla bla bla insyaAllah sekali ujian je ko dh boleh lulus dgn jayanya dgn syarat ko jgn cuai tu je sbb masalah yg selalu budak auto ni gagal sbb body terlajak atas garisan sewaktu side parking sbb terlebih tekan minyak so kawalan minyak dgn brek mesti cekap supaya idok le terlajak kereta tu. Sbb kedua knp auto menjadi pilihan sbb kereta kt rumah semua nye auto haha yg ketiga nya sis duk area bandar sis rasa kereta auto lebih sesuai x de la lenguh2 kaki sis nk hadap jem. Lg satu auto ni senang nk belajar dan lebih cepat nk jd pandai berbanding yg bwk manual disebabkan sis nk cepat2 dptkan lesen sblum cuti sem habis so better amik auto risiko utk mengulang tu agak rendah so x de la makan masa nk repeat2 bagaiii takut x sempat je and one more thing x ramai org yg amik auto so kita boleh belajar banyak kali dlm seminggu untuk habiskan masa belajar sbb x de org yg nk guna kereta tu haha dan terus boleh test dgn cepat. Lain org lain pendapat so terpulanglah pd masing2 nk pilih yg mana yg terbaik wokeyhh peace no war!!!

Kita berbalik pada tajuk x kisahlah amik manual ke amik auto ke silibus dia sama je mula2 sekali ko dftar la dulu dgn mana2 sekolah memandu yg korang rasa sesuai. Sis belajar dekat SIJ Krubong sbb dekat dgn rumah so mama sis boleh hantar dgn jayanya kalau nk ikut harga ada yg lg murah tp jauh bebenau dari rumah so sis pilih yg dekat2 je. Sis daftar terus kt ofis sbb dekat dgn rumah so boleh settle sendiri x payah pakai ejen or instructor. Jimat duit. Lepas daftar korang akan diberi tarikh untuk KPP01 iaitu ceramah selama 6 jam kot x silap. Ceramah ni akan berlangsung selama satu hari je mula dari pagi smpai petang dan korang akn diberi satu buku teks. Berasap punggung kau nak tunggu habis nasib baik penceramah kt situ x boring so x de la rasa lama sangat. Habis ceramah korang boleh proceed untuk amik test komputer haha kt sini ramai orang kandas sbb x lulus ujian komputer. Markah lulus adalah 42/50 kau boleh salah lapan je lebih drpd tu ko bayor la utk repeat yg ni sis x sure berapa ringgit sbb sis x repeat. Rahsia lulus senang je baca je buku teks kalo malas sgt nk baca mcm tempat memandu sis ada jual buku soalan jpj harganya RM5 je..so jwb je soalan2 dlm buku tu rasanya sekolah memandu yg lain pun ada jual buku soalan ni. Korang boleh amik test ni lepas seminggu ceramah so lepas seminggu dh boleh booking utk test komputer. Waktu test komputer korang kene bayor RM10 utk amik gambar dan gambar tu terus dihantar ke sistem so korang x kan dpt pun gambar tu nnt. Kalau lulus korang perlu beri transkrip keputusan tu dkt siapa korang mendaftar kalo sis terus anto pejabat dan jgn lupa korang perlu beri gambar lesen ukuran passport berlatarbelakangkan warna putih ye bukan biru untuk proses pengeluaran lesen L. Kalau gagal pun korang kene bg jugak keputusan tu utk proses repeat test. Selagi x lulus selagi tu lesen L x boleh dikeluarkan.

Dlam masa seminggu lebih mcm tu lesen L dh boleh dpt dah tp sis x tau tempt lain mcm mana. Once lesen L dh dpt so kita boleh teruskan utk buat KPP02 iaitu korang akan diajar tentang RPK dan RSM beserta amali di litar selama 5jam setengah so start drpd sini sis baru dpt cikgu..ye la sbb dftr dgn ofis kan so semua nya ofis yg tentukan org lain semua dh ada cikgu dari awal. Waktu RPK ni korang akan diajar untuk memeriksa luar kenderaan dan juga bahagian enjin so nnt waktu test JPJ korang kene cakap bahagian2 yg nk diperiksa dlm keadaan baik @ tak, paras minyak @ air bla bla cukup @ tak sbb setiap bahagian tu ada markah kalau korang x sebut salah satu markah akan ditolak. RSM pulak korang akan diajar rutin sebelum memandu mcm pastikan handbrake ditarik, gear free, betulkan tempat duduk, cermin sisi, cermin belakang, cek signal, lampu, simbol2 yg ada dkt dashboard n bla bla bla sama jugak setiap komponen mesti diperiksa kalo x markah akan ditolak. Lepas korang diajar RPK dengan RSM tu korang akan diajar untuk drive dlam litar iaitu naik bukit, side parking, tiga penjuru, s cross dan z cross dan bg yg ambil auto ad satu lg tmbahan iaitu ramp. Waktu ni la sis dpt pecahkan tembok ketakutan di mana kali pertama sis pegang steering dan menekan minyak tiba2 sis rasa seronok pulak langsung x takut cikgu sis siap cakap "kakak mcm dh pernah bwak kereta je...bagus la cara kawal stereng ajar sekali je dh bagus" padahal itulah kali pertama sis bwk kereta kalau sis tahu dari dulu bwk kereta ni best mesti dh amik awal2 haha..owhhh kenapa cikgu panggil sis kakak sbb cikgu sis tu orang dh berumur dah mcm ayah sis dh so dia anggap sis nie mcm anak dia. Langsung x pernah marah2 sis...kalo tegur pun elok2 je sis nk belajar pun x rasa stress. Siapa kata semua cikgu memandu tu garang2 belake ada je yg bersopan santun cuma nasib la kalau dpt yg baik ok la kalau yg dpt cikgu garang tadah telinga je la ye sbb ada jugak cikgu yg lain yg sis nmpk diorang rileks marah anak murid diorang malu kot kalo jd anak murid diorang...sis tengok pun stress tp alhamdulillah sis dpt cikgu yg baik.

Setelah habis 5jam setengah tu korang boleh la sambung ke KPP03 iaitu amali 10jam. Yg ni korang dh boleh start belajar atas jln raya. Sehari korang boleh belajar dlm 2 jam ikutla pd cikgu masing2. Kalau mcm sis cikgu sis suruh buat dlm litar dlm 1 jam dan selebihnya sis buat jln raya 1 jam. Jln raya agak mencabar sebab  kwsn sis belajar adalh kwsn perindustrian mmg banyak lori besar2 yg ada dkt jln raya. First time bwak atas jln raya manyak syokkk x takut pun x tahu la knp sis punya confident level boleh naik mendadak dulu sis cukup takut dgn lori tp waktu sis bwk atas jln raya lori dh mcm semut je sis tengok siap bwk 80km/jam amik kau mcm org pro bwk kereta kadang2 tersasar nk sampai 90km/jam. Tp jgn salah sangka sis bwk 80km/jam ats jalan lebuhraya lurus kalo jaln biasa sis bwk 60km/jam nk mampus bwk 80km/jam alamatnya fail test JPJ. Cikgu sis ckp "kakak jgn laju2 slow sikit tengok meter tu jgn syok sangat tekan minyak". Haha kan dah kene tegur tp cikgu tu rilek je ckp elok2 x tengking2 pun dan sis pun bwk la leklok. Selama sis belajar bwk ats jln raya mmg ada je gangguan2 malaun-malaun jalan raya yg x reti nk patuhi undang2. Masa2 first time bwk tiba2 ada anjing duk tengah jalan aduihh nasib baik sis sempat brek anjing x pe lagi ada sekali tu ada sorang mamat ni naik motor dah la x pakai helmet lps tu x tgok kiri kanan main lintas je apa lagi sis brek emergency lalu berbunyilah tayar kereta sbb mmg dkt sangat jarak motor dia dgn kereta sis bwk tu lps tu cikgu sis honkan utk sis utk diberi kepada mamat tersebut haha...masa ni sis bwk slow okayh 40 je tu la kdg2 kita berhati2 tp bila ada org lain yg cuai dgn kita2 sekali terjebak. Sis pun pernah kene hon dgn lori padahal sis berada di lorong yg betul...lori tu yg salah dia yg salah lorong dia pulak yg hon kita. Cikgu sis sempat cakap "pedulikan je lori tu jgn jadi mcm dia org mcm tu la yg menyebabkan accident jalan ikut suka hati". Dlm hati sis mmg nk menyumpah je lori tu nasib ada cikgu kt sebelah je jd sis sabar je la. Masa untuk habiskan 10 jam amali bergantung pada seseorang ada yg amik masa 2 minggu ada yg 3 minggu ada yg sebulan nk habiskan ikutlah kepada cikgu masing2...then boleh amik ujian QTI atau pra test.

Ujian QTI atau pra test mcm ala2 test JPJ utk memastikan bahawa korang layak untuk diuji oleh JPJ atau tak. Ujian ni akan diuji oleh cikgu lain bukan cikgu korang ye. Nasib sis baik lg sekali sis dpt cikgu test yg baik jugak siap suruh shortcut jln sbb ujian ni 30 min je takut x sempat dh la banyak kereta karang terlebih masa pulak. Alhamdulillah sis lulus dan boleh proceed utk ujian JPJ kalau x lulus ujian QTI ni korang kene ulang balik ujian QTI dan korang akan disarankan untuk ambil kelas tambahan sis x sure berapa ringgit untuk satu jam so duit lagiiii kalau fail!!! better berlatih elok2, rasa konfiden baru amik test. Part JPJ sis sambung next entry


1 comment:

  1. as salam, boleh saye tau nme pengajar latihan memandu awak?

    ReplyDelete