Sis nk share sikit daripada satu page yg sis baca kt fb mungkin setelah dipikir-pikir sis rasa ada betulnya go through je la 12 perkara yang kau ‘wajib buat’ (wajibat) ketika bujang.
Serius wajib! Orang kata wajibat! Kalau kau tak buat. Kau akan rugi selama-lamanya.
1) Tinggalkan rumah, jangan duduk dengan mak ayah.
Perkara pertama yang orang bujang mesti buat adalah tinggalkan rumah. Keluar daripada comfort zone. Pergi merantau jauh daripada mak ayah, sama ada pergi merantau menuntut ilmu atau merantau pergi kerja. Sebab apa aku kata macam ni? Bila kita jauh daripada mak ayah, kita akan lebih berdikari. Sifat berdikari ini akan memupuk sifat kematangan di dalam diri kita. Bila kita matang, inshaAllah keputusan-keputusan yang kita buat dalam hidup adalah keputusan yang bukan semborono dan ikut emosi semata-mata. Bab ni sis setuju sebelum ni...dulu-dulu sis pergi sekolah ayah je yg hantar naik bas pun rasa takut smpai ke matrik pun sis depend lagi pada parents untuk hantar sampai la satu saat sis 'tercampak' kat ganu masa ni sis mmg x boleh nak suruh parents sis hantar amik sis jenuh la dari Melaka nk Ganu dok...jd nk x nk sis kene beranikan diri naik bas first time naik bas balik kg. mmg ketar la weyhh pikiaq mcm2 ni semua pengaruh berita bas accident la, terbalik la, terbakaq la pasaii tu la sis takut...tp dah lama-lama okayhh je sebenrnya x de pape pun...hikmahnya yg sis dapat belajaq jauh buat diri kita lebih berani dan pandai nk berdikari kalau idok duduk je la bawah ketiak mak ayah...
Antara petanda matang tu.
– Tak minta duit daripada mak ayah lagi
– Bila ada masalah cuba selesaikan sendiri.
– Tidak membuatkan mereka risau
– Pandai pilih kawan dan jaga diri
– Dan banyak lagi
– Bila ada masalah cuba selesaikan sendiri.
– Tidak membuatkan mereka risau
– Pandai pilih kawan dan jaga diri
– Dan banyak lagi
p/s: Tapi ini tidaklah bermaksud kita melupakan mereka. Tidak! Sebulan sekali atau setahun sekali jika berada di obersee baliklah ke kampung halaman. Seminggu paling kurang dua kali kita wajib call mereka atau depa call kita vice versa. Kalau boleh hari-hari call tp kalau sis seminggu sekali sbb kurang sikit bajet nk topup kan lagi2 ada GST ni hmmm,,,,
2) Travel
Ooo. Ini wajib, orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Kita bukan pi travel suka-suka je. Sambil travel tu kau boleh lihat betapa luas dan indahnya alam ciptaan Allah ini sambil melihat ragam manusia yang macam-macam. Haaa, lepas dah kahwin susah sikit nak travel ni. So, ambil la peluang sekarang. Yg nie lagi sis setuju sbb sis kaki travel masa ni la nk travel nk cari pengalaman indah. Dari kau duduk meroyan bila jodoh nak sampai, baik pergi travel
smile emoticon
smile emoticon
3) Cari ilmu banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak !!!!
Masa bujang ni lah kita kena jadi orang yang dahagakan ilmu, jadi pencari ilmu yang tegar, bukan pencari jodoh yang tegar ye. hehe. Kalau dah dapat satu degree, jangan puas hati lagi, sambung degree lain, ataupun master lain. Bosan? Jangan kata gitu. Menuntut ilmu ni sampai mati pun kita kena menuntut ilmu. Jangan pernah rasa ilmu di dada ni dah cukup. So, kenapa time bujang? Sebab orang bujang ni tersangat-sangatlah punya banyak masa. Tiada tanggungjawab sangat, tiada komitmen sangat, duit pun guna untuk diri sendiri je. So, duit yang ada, apa salahnya kita spend sikit untuk ilmu. Sambung sijil/diploma pun ok juga. Kau ambil lah, diploma bahasa arab ke syariah ke, ekonomi ke. Ikut apa yang kau tengah suka dan semangat.
sis nk tambah sikit belajar agama pun boleh tak semestinya diploma, degree, master, phd bak kata kawan sis belajar pondok ilmu jugak kann :)
4) Spend duit beli buku.
Orait ini satu lagi. Buku ni jambatan ilmu bro dan sis sekalian. Dari kau habiskan duit beli gadjet, atau bertukar-tukar sport rim kereta, apa salahnya kau allocate sekian jumlah duit untuk beli buku bulan-bulan. Beli la apa-apa buku yang kau suka. Sebulan sebuah pun jadilah. Motivasi, agama, kewangan, kekeluargaan? Semua boleh...
mungkin kalau girls lebih kepada beli novel tp kalau sis spesis rare sikit sis x suka baca novel so kalau dapat baucer tu sis suka beli buku agama serious boleh tambah pengetahuan kita daripada beli novel hidup dalam fantasi syok sendiri...sorry to say kepada pembaca tegar novel...jgn kecam sis
5) Belajar bawak kereta.
Ini penting sekali. He he he. Kalau time bujang tak reti bawa kereta, dah kahwin nanti susah bro dan hakak sekalian. Jadi belajarlah dari sekarang. Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian.
Yang ni sis x berjaya lagi buat...hati kata nak belajar tp takot la tgok lori besar-besar!!!
6) Join Usrah
Gua sarankan korang semua, join usrah. Haha. Jujur, wa cakap lu, usrah ini tak skema, malahan medan untuk kita meluaskan lagi kenalan, sambil menambahkan fikrah islamiyah kita. Senang cerita usrah ini tak skema la. Bagi aku, usrah ini banyak membantu diri aku jadi lebih baik.
Hehe...yg ni sis dah try waktu sis matrik dulu usrah ni la sis dapat ubah diri sis yg dahulu (zaman jahiliyyah) tu pun kene paksa dgn kawan sis tp lama-lama join hati jadi ikhlas rasa syok pulak x caya try la....sis sangat berterima kasih kepada kawan sis yg paksa tu kalau x selamanya sis berada dalam 'jahiliyyah' zone...
7) Cuba benda baru
Cuba benda baru setiap hari. Jangan asyik melepak je sampai pagi. Lepas tu tidur sampai ke tengah hari. Hari minggu tidur, tak tidur, melepak. Keluarlah dari lingkungan dan comfort zone kita. Macam belajar menembak ke, memanah ke, pergi hiking ke, scuba diving ke, belajar buat kek ke, buat video ke, dokumentari ke, naik basikal keliling malaysia ke, berenang keliling lautan cina selatan ke, dengan kata lain, cuba benda baru setiap hari. Jangan takut pada cabaran. Anak muda jiwa kental.
8) Berniaga kecil-kecilan
Gunakan peluang di usia muda ini untuk berniaga kecil-kecilan. Cari sumber pendapatan sendiri, jangan terlalu mengharapkan mak ayah. Dari situ, kita baru tahu erti susahnya mencari rezeki.
9) Simpan duit dan Belajar perancangan kewangan
Ramai anak muda masa kini memang zero knowledge pasal perancangan kewangan. Panduan menyimpan, panduan melabur, panduan beli kereta, panduan membayar hutang, dan lain-lain. Kesannya depa tak tahu pun ke mana duit mereka dihabiskan. Boros macam tu aja.
So, penting semasa zaman bujang ini kita belajar tentang cara-cara merancang kewangan. Gugel aja, banyak website-website yang boleh ajar kita.
10) Jaga kesihatan, awasi berat badan dan banyakkan exercise
Ramai anak muda menghidap obesiti, cepat letih, kencing manis, tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi. Puncanya ialah mereka mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Jaga pemakanan, jaga kesihatan dan banyakkan beriadah. Seminggu at least 3 kali.
yg ni sis fail jgn kata 3 kali sekali seminggu sekali pun susah...makan bertambah-tambah haha
11) Suka Apa yang kau buat
Buat je la apa-apa yg kau suka buat asal benda tu x salah di sisi undang-undang dan syariah islamiyyah
12) Cari jodoh
Masa bujang ini jugalah masa untuk cari jodoh. Jodoh adalah anugerah Ilahi, jangan menidakkannya. Jika dah sampai seru, kahwinlah. Jika belum lagi, jangan resah.
yg ni sis x mau comment banyak sampai jodoh, kahwin...kalau x smpai usaha smpai dapat haha
Tips-tips di atas kau boleh lakukan sambil menghayati betapa indahnya zaman bujang atau zaman muda yang Allah swt anugerahkan kepada kita. Dari dok meroyan update status setiap hari wat apa kan? Baik buat wajibat-wajibat dekat atas.
Selamat mencuba.
cc: FB page KDIM
No comments:
Post a Comment