Saturday, 19 December 2015

Perkara yang Wajib Buat Ketika Bujang

Sis nk share sikit daripada satu page yg sis baca kt fb mungkin setelah dipikir-pikir sis rasa ada betulnya go through je la 12 perkara yang kau ‘wajib buat’ (wajibat) ketika bujang.
Serius wajib! Orang kata wajibat! Kalau kau tak buat. Kau akan rugi selama-lamanya.
1) Tinggalkan rumah, jangan duduk dengan mak ayah.
Perkara pertama yang orang bujang mesti buat adalah tinggalkan rumah. Keluar daripada comfort zone. Pergi merantau jauh daripada mak ayah, sama ada pergi merantau menuntut ilmu atau merantau pergi kerja. Sebab apa aku kata macam ni? Bila kita jauh daripada mak ayah, kita akan lebih berdikari. Sifat berdikari ini akan memupuk sifat kematangan di dalam diri kita. Bila kita matang, inshaAllah keputusan-keputusan yang kita buat dalam hidup adalah keputusan yang bukan semborono dan ikut emosi semata-mata. Bab ni sis setuju sebelum ni...dulu-dulu sis pergi sekolah ayah je yg hantar naik bas pun rasa takut smpai ke matrik pun sis depend lagi pada parents untuk hantar sampai la satu saat sis 'tercampak' kat ganu masa ni sis mmg x boleh nak suruh parents sis hantar amik sis jenuh la dari Melaka nk Ganu dok...jd nk x nk sis kene beranikan diri naik bas first time naik bas balik kg. mmg ketar la weyhh pikiaq mcm2 ni semua pengaruh berita bas accident la, terbalik la, terbakaq la pasaii tu la sis takut...tp dah lama-lama okayhh je sebenrnya x de pape pun...hikmahnya yg sis dapat belajaq jauh buat diri kita lebih berani dan pandai nk berdikari kalau idok duduk je la bawah ketiak mak ayah...
Antara petanda matang tu.
– Tak minta duit daripada mak ayah lagi
– Bila ada masalah cuba selesaikan sendiri.
– Tidak membuatkan mereka risau
– Pandai pilih kawan dan jaga diri
– Dan banyak lagi
p/s: Tapi ini tidaklah bermaksud kita melupakan mereka. Tidak! Sebulan sekali atau setahun sekali jika berada di obersee baliklah ke kampung halaman. Seminggu paling kurang dua kali kita wajib call mereka atau depa call kita vice versa. Kalau boleh hari-hari call tp kalau sis seminggu sekali sbb kurang sikit bajet nk topup kan lagi2 ada GST ni hmmm,,,, 
2) Travel
Ooo. Ini wajib, orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Kita bukan pi travel suka-suka je. Sambil travel tu kau boleh lihat betapa luas dan indahnya alam ciptaan Allah ini sambil melihat ragam manusia yang macam-macam. Haaa, lepas dah kahwin susah sikit nak travel ni. So, ambil la peluang sekarang. Yg nie lagi sis setuju sbb sis kaki travel masa ni la nk travel nk cari pengalaman indah. Dari kau duduk meroyan bila jodoh nak sampai, baik pergi travel 
smile emoticon
3) Cari ilmu banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak !!!!
Masa bujang ni lah kita kena jadi orang yang dahagakan ilmu, jadi pencari ilmu yang tegar, bukan pencari jodoh yang tegar ye. hehe. Kalau dah dapat satu degree, jangan puas hati lagi, sambung degree lain, ataupun master lain. Bosan? Jangan kata gitu. Menuntut ilmu ni sampai mati pun kita kena menuntut ilmu. Jangan pernah rasa ilmu di dada ni dah cukup. So, kenapa time bujang? Sebab orang bujang ni tersangat-sangatlah punya banyak masa. Tiada tanggungjawab sangat, tiada komitmen sangat, duit pun guna untuk diri sendiri je. So, duit yang ada, apa salahnya kita spend sikit untuk ilmu. Sambung sijil/diploma pun ok juga. Kau ambil lah, diploma bahasa arab ke syariah ke, ekonomi ke. Ikut apa yang kau tengah suka dan semangat. 
sis nk tambah sikit belajar agama pun boleh tak semestinya diploma, degree, master, phd bak kata kawan sis belajar pondok ilmu jugak kann :)
4) Spend duit beli buku.
Orait ini satu lagi. Buku ni jambatan ilmu bro dan sis sekalian. Dari kau habiskan duit beli gadjet, atau bertukar-tukar sport rim kereta, apa salahnya kau allocate sekian jumlah duit untuk beli buku bulan-bulan. Beli la apa-apa buku yang kau suka. Sebulan sebuah pun jadilah. Motivasi, agama, kewangan, kekeluargaan? Semua boleh...
mungkin kalau girls lebih kepada beli novel tp kalau sis spesis rare sikit sis x suka baca novel so kalau dapat baucer tu sis suka beli buku agama serious boleh tambah pengetahuan kita daripada beli novel hidup dalam fantasi syok sendiri...sorry to say kepada pembaca tegar novel...jgn kecam sis 
5) Belajar bawak kereta.
Ini penting sekali. He he he. Kalau time bujang tak reti bawa kereta, dah kahwin nanti susah bro dan hakak sekalian. Jadi belajarlah dari sekarang. Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian.
Yang ni sis x berjaya lagi buat...hati kata nak belajar tp takot la tgok lori besar-besar!!!
6) Join Usrah
Gua sarankan korang semua, join usrah. Haha. Jujur, wa cakap lu, usrah ini tak skema, malahan medan untuk kita meluaskan lagi kenalan, sambil menambahkan fikrah islamiyah kita. Senang cerita usrah ini tak skema la. Bagi aku, usrah ini banyak membantu diri aku jadi lebih baik.
Hehe...yg ni sis dah try waktu sis matrik dulu usrah ni la sis dapat ubah diri sis yg dahulu (zaman jahiliyyah) tu pun kene paksa dgn kawan sis tp lama-lama join hati jadi ikhlas rasa syok pulak x caya try la....sis sangat berterima kasih kepada kawan sis yg paksa tu kalau x selamanya sis berada dalam 'jahiliyyah' zone... 
7) Cuba benda baru
Cuba benda baru setiap hari. Jangan asyik melepak je sampai pagi. Lepas tu tidur sampai ke tengah hari. Hari minggu tidur, tak tidur, melepak. Keluarlah dari lingkungan dan comfort zone kita. Macam belajar menembak ke, memanah ke, pergi hiking ke, scuba diving ke, belajar buat kek ke, buat video ke, dokumentari ke, naik basikal keliling malaysia ke, berenang keliling lautan cina selatan ke, dengan kata lain, cuba benda baru setiap hari. Jangan takut pada cabaran. Anak muda jiwa kental. 
8) Berniaga kecil-kecilan
Gunakan peluang di usia muda ini untuk berniaga kecil-kecilan. Cari sumber pendapatan sendiri, jangan terlalu mengharapkan mak ayah. Dari situ, kita baru tahu erti susahnya mencari rezeki.
9) Simpan duit dan Belajar perancangan kewangan
Ramai anak muda masa kini memang zero knowledge pasal perancangan kewangan. Panduan menyimpan, panduan melabur, panduan beli kereta, panduan membayar hutang, dan lain-lain. Kesannya depa tak tahu pun ke mana duit mereka dihabiskan. Boros macam tu aja.
So, penting semasa zaman bujang ini kita belajar tentang cara-cara merancang kewangan. Gugel aja, banyak website-website yang boleh ajar kita.
10) Jaga kesihatan, awasi berat badan dan banyakkan exercise
Ramai anak muda menghidap obesiti, cepat letih, kencing manis, tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi. Puncanya ialah mereka mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Jaga pemakanan, jaga kesihatan dan banyakkan beriadah. Seminggu at least 3 kali.
yg ni sis fail jgn kata 3 kali sekali seminggu sekali pun susah...makan bertambah-tambah haha 
11) Suka Apa yang kau buat 
Buat je la apa-apa yg kau suka buat asal benda tu x salah di sisi undang-undang dan syariah islamiyyah
12) Cari jodoh
Masa bujang ini jugalah masa untuk cari jodoh. Jodoh adalah anugerah Ilahi, jangan menidakkannya. Jika dah sampai seru, kahwinlah. Jika belum lagi, jangan resah. 
yg ni sis x mau comment banyak sampai jodoh, kahwin...kalau x smpai usaha smpai dapat haha
Tips-tips di atas kau boleh lakukan sambil menghayati betapa indahnya zaman bujang atau zaman muda yang Allah swt anugerahkan kepada kita. Dari dok meroyan update status setiap hari wat apa kan? Baik buat wajibat-wajibat dekat atas.
Selamat mencuba.
cc: FB page KDIM

Kitchen Life

Bertemu lagi kita hehe...kali ni sis nk citer tentang life seorang foodies student...kalau orang tanya sis amik kos apa sis pun jawab la Food Science in Food Service and Nutrition lpas tu mesti orang akan cakap owhh masak-masak eh,,makan-makan eh,,,...mmg la ada masak-masak semua tu tp bukan senang okeyhh sis jugak kene masuk lab buat analisis makanan tambah lagi dari sudut pemakanan nk relate dgn kesihatan awok rasa mcm mana...kiranya kitorang belajar dari makanan tu dihasilkan, dimasak, dipack, diserve smpai la kesan makanan tu kepada kesihatan based on nurition value...kos sis ni agak kritikal jugak sbb most of the subject are killer subject yg boleh membuatkan pointer jatuh kalau x perform...susah, stress itu biasa nk masuk kos ni lecturer dah pesan fizikal dan mental kene kuat kalau lembik-lembik pergi tukar kos haha...

One of the subject yg quite tough ialah pengeluaran makanan komersial...seriously pengalaman sis menjadi supervisor utk mengoperasi restoran fine dining yg mcm ala2 hotel tu perghh mmg buat sis pecah kepala sampai satu saat rasa nak nangis pun ada. ada yg kene jadi head chef so nasib2 la sis terkena supervisor...sis redha je la...pengalaman kene condemn dgn lecturer sbb ada lah beberapa kesalahan yg sis terlepas pandang mmg buat sis seriau  nk jd supervisor lagi x muuu dah weyhh...

Subjek masak-masak ni start dari sem3 kitorang diajar tentang basic preparation of food mcm potong2, kaedah memasak pendek kata yg basic2 je...then sem 4 we oll belajar pastry n bakery mcm kek, biskut, kuih, roti n so on hat ni seronok kalau produk menjadi kalau x jadi mmg hampeh...we continue this memasak class on sem 5 yg mcm sis ckp tadi pengeluaran makanan komersial. hat ni paling kritikal kitorang kene masak in a large amount tgok la minggu tu kene ala carte ke, table dhote ke kalau kene incharge restoran kalau kene kafe cafe style la...time ni bukan setakat kene masak, ada hari kene jadi waiter so we olls belajar 2 skills, cooking skills n served skills. Tau tak dari mana istilah hell kitchen tu datang, why kitchen is hell not heaven? dari kelas ni la sis belajar why kitchen tu dikatakan as hell because keadaan kitchen mmg panas then dipanaskan lagi dgn suara2 drpd tenaga pengajar termasuk lab staff yg menjerit-jerit, marah-marah yg menyebabkan kitorang rasa sangat stress dan kadang-kadang annoying feel like in a hell...ala mcm korang tengok rancangan masakan mat salleh yg kt tv tu chef dia mesti jerit2 kt dapur mcm tu la keadaannya...sbb tu la sis kata kos ni bukan setakat fizikal je kene sado mental pun kene sado nanti tak de la baru kene marah sikit dah sentap nk menangis...kene marah jerit tengking tu dah biasa buat kami kata orang tua2 alah bisa tegal biasa...kalau x marah mesti sampai bila2 pun buat salah kan


sis yg bermata kucing tu haha pengalaman masa sem3 balik malam woii

we are future chef

amik gambar curik2 time nih

tarikh keramat kelas masak memasak ni tamat adalah pada 17/12/2015 sob sob sob....

practical exam on 1st day muka before evaluation bermula nmpak je senyum di luar tapi dalam hati nervous tahap infinity

practical exam 2nd day, sis dah evaluated ada lagi 3 orang yg masih belum

Antara produk-produk kami yg dijual on practical exam

moist chocolate cake

pavlova

blueberry cheesecake

red velvet cookies

gambar ni sis amik drpd kawan-kawan sis...bukan setakat ni je ada lagi mcm roasted chicken, deep fried fish, mushroom soup, brownies n so on tp sis x dak gambar...

table set up on practical exam day...butterfly in goblet


antara ahli group sis yg banyak tolong susah senang bersama 
yeay kitaorang no.2 the best group 

inilah kami satu keluarga with our lecturers and kitchen staff. 82 kerenah bermacam ragam. Alhamdulillah we did it!

no more kitchen, no more service, no more chef suit and no more waiter suit & no more cooking. maka dengan ini tamatlah ceritera dapur kami...

now focus on our Final Year Project...road to graduate doakan kami!









Friday, 18 December 2015

Langkawi, Kedah Darul Aman

berhabuk sis rasa blog ni tak diupdate...busy memanjang this time sis nk citer pasal travelling. Seriously sis cakap bila travel korang akan lupa segala kesusahan, kepayahan, keserabutan and so on bila sampai je kt tempat yg dituju. Heaven giler kot!. disebabkan sis berstatus student, so duit x berapa nk ada kalau nk travel lama-lama. So sis n teman-teman sepermainan decide utk travel 2 days 1 night as a backpackers dekat mana?? yesss dekat tempat yg ada mr.eagle yg besar gedabak lagi hensem and of course terkenal as pulau lagenda that is Pulau Langkawi.

time belajar ni la kita nk timba pengalaman as much as possible tambah-tambah yg x kahwin lagi..kalau dah keje susah la kot mcm-mcm sekatan ada susah nk dapat cuti la apa la. kalau dah kahwin x payah cakap, so sementara tgh bujang senang ni la nk take peluang utk travel. travelling bagai nk dijadikan satu hobi tapi kene ada uwang yg cukup la...kalau macam student like sis ni korang kena pandai la bajet dengan duit yg ada betul-betul kalau tak...hmm, ikat perut makan maggi tiap-tiap hari la jawabnya..berjimba bersama kawan-kawan yg kaki travel will create an experience yg x boleh nk describe kene travel dulu baru tahu how nikmat the travel is...

Bajet sis 300 hengget jek x byk mana pon...boleh je survive as long as ko tak bershopping...tapi kalau yg kaki shopping mmg tak cukup la...dan pergi tempat yg free so jimat la duit...dalam beg dah siap-siap dgn makanan so sampai sana x payah la asik nk pegi makan jimat lagi duit kita. since sis dari ganu so sis amik tiket bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Perlis bertolak malam then sampai Perlis waktu Subuh about 8-9 hours depend pada speed bus tersebut kih kih kih...tiket bas pergi dan balik kira-kira RM115 tak lebih dari tu sis tak berapa ingat nilai sebenar tiket tu berapa hahaha so ada lagi baki dalam RM185. lepas kitorang solat Subuh, kami teruihhh berjalan kaki menuju ke jeti Kuala Perlis jarak antara Stesen Bas dgn jeti tu dekat ja dlm 50 meter...dekat kan. sampai-sampai kat jeti manusia mmg ramai giler...pagi-pagi memang dah ramai orang kat kaunter tiket feri disebabkan kitorang sampai jeti tu pukul 7 pagi so ingatkan kitorang boleh beli tiket feri utk pukul 7.15 pagi but akak kaunter tiket tu cakap tiket dah habis yg ada adalah pukul 10 pagi fuhhh mereputlah kami selama 3 jam menunggu feri. rugi tak beli awal-awal dkat online tapi nk buat mcm mana kami beli la jugak tak kan nk patah balik ganu kan haha...so pengajarannya beli tiket awal2

suasana kat jeti kuala perlis...feri kat mana feri kat mana


Sampai je feri kami terus masuk amik seat yg part ni sis payah sikit nk citer sis ada satu penyakit ni sis ada mabuk laut. jadi duduk-duduk je terus pejam mata minyak cap kapak mmg bertempek-tempek kt dahi dgn berbiji-biji gula dah sis makan untuk mengelakkan dari muntah dalam feri tu mmg provide plastic utk spesis mcm sis tp malu la kalau nk muntah dpan orang...so lebih baik mencegah sebelum terjadi...

Perjalanan memakan masa dalam 1 jam dari Kuala Perlis nk ke jeti Kuah menurut mak cik yg berasal dari Langkawi yg kami sempat borak masa tunggu feri yg berejam-rejam tu kan perjalanan adalah lebih baik dari Kuala Perlis daripada Kuala Kedah yg memakan masa lebih lama dan keadaan ombak yg beralun. So we are in correct way yeah !!! agak-agak feri tu dh berhenti so sis bukak mata taraaaa dah sampai Langkawi hati mmg manyak suke mehhh bila sampai lega Alhamdulillah. keluaq dari feri kami teruihh p cari owner kereta sewa en.han...actually kitorang mmg dah booking awal2 dgn en.han tu tp utk sesiapa yg x booking kereta sewa don't worry be happy sbb ada ramai yg menawarkan perkhidmatan kereta sewa dkt jeti tu mcm2 harga then korang boleh compare sendiri la...kami sewa myvi ja RM 120 utk 2 hari dgn muatan 6 org mcm tin sardin bila ada 4 org kt belakang tp disebabkan nk jimat n semangat nk travel kami redah je asal boleh jalan.

Disebabkan kami rugi masa tunggu feri yg berjam-jam tu kami terus decide pergi naik cable car@sky cab tanpa check in motel utk mandi kah kah kah...

ni la sky cab langkawi 

i'm at the top 


muka-muka tak mandi berada di awang-awangan hehe...lg 2 org dop muat 

Harga tiket untuk naik sky cab ni kami pilih berpakej sis ingat ingat lupa harganya lebih kurang rm25 utk sky cab + dome + 3D museum...utk pemegang IC kalau citizen kedah lagi dapat murah so baki duit sis tambah tolak tiket feri pergi balik, sewa kereta, minyak dgn tiket ni ada lagi RM 99. 

baru cukup korum 6 org 

 
national geographic sangattt.....


nampak sangat x reti berlakon...kene gigit dgn jerung pun masih nk ketawa

i'm boneka 

banyak je lagi lukisan-lukisan yg awesome dekat 3D museum ni sis boleh share sikit-sikit je haha...lepas berjam-jam kat situ badan pun dah masem jd kami pun check in motel. nama motel yg kami duduk ni motel Sri Mutiara.

keadaan bilik kami 2 queen bed only RM100 per night harga berpatutan condition bilik pun okay. kami tidur 3 orang satu katil kalau ada yg mengganas mmg kesian kat org sebelah

Bajet untuk motel adalah RM 17 seorang masih berbaki RM82 lagi. lepas maghrib kami keluar makan sekali ni je okay nama kedai tu sis x ingat tp makanan dia okay la so so boleh diterima dan harga pun standard la sis order nasi putih + tomyam campur + telur dadar + milo ais dalam RM8 lebih. Duit yg ada kt tangan sis skrg dalam RM74. Lepas tu kami singgah ke Haji Ismail Group utk beli belah coklat. harga coklat kt sini agak murah so mmg korang akan nmpak berbundle-bundle of choc variety yg orang ramai beli smpai beratus-ratus hengget malah ada yg beribu kot wow! tp hati-hati ada sesetengah coklat yg diragui kehalalannya, so we as a muslim kene cakna masa pilih coklat. pilihlah yg halalan thoyyiban. sis beli la coklat dlm RM40 semuanya utk diberi kepada parents dan adik2 sis yg dekat rumah tu...so tinggallah RM34...mcm menakutkan bunyinya haha...malam tu kami p bergambaq sat kat dataran mr.eagle 

bolat muka sis time nih salah cara pakai tudung kot


Cerita esok harinya kami pergi ke kilang gamat nusantara murah giler minyak gamat sebotol RM1 je mana dapat kat tempat lain...sis cuma beli 2 botol je sbb x guna sangat simpan lama-lama x elok jugak kan. kami pun meneruskan pengembaraan kami ke telaga tujuh mmg giloshh nk naik sampai telaga yg ketujuh baru naik telaga yg pertama dah beratus-ratus anak tangga ni kan pulak nk smpai ke tujuh pengsan la woiii jadi kami mampu sampai yg pertama lagi pun x dak orang pun kat sini sbb jenuh nk naik cuma kami ja yg ada time tu haha telaga ni kami yg punya 

sejuk air kat sini rasa x nk balik. muka x mandi lagi haha

lepas habis berendam kami turun dari telaga tu mmg syok turun tangga then bukit yg curam ya amat kaki sis ketar bak hang mcm parkinson pastu cramp teruss sampai seminggu pergi kelas mcm orang cacat patah kaki haha

hari last sebelum balik ganu...jerebu la pulak time ni

sebelum kami bertolak naik feri, kami sempat singgah kat apa ntah nama mall tu kt pekan kuah sis beli kain pelikat utk ayah sis n kain batik utk mom sis lebih kurang RM 30 semuanya...sekian sahaja laporan sis dari Pulau Langkawi, Kedah. Baki bersih yg dibawa pulang setelah ditolak semuanya adalah RM 2 yeay bajet x lari itu yg penting...oopss hajat di hati nk pegi lagi x puas woiii 














Tuesday, 25 August 2015

La Tahzan

sementara sis tengah cuti keboringan di rumah sis nk citer tentang satu topik yg top dalam kalangan kita iaitu cinta.

oppss jangan salah faham bukan sis nk menggatal ke hape hokayy ni sekadar apa yg sis nk luahkan sebab ramai sangat kata kat sis "menyesal aku bercinta, kalau aku tahu dulu aku x kan bla bla bla...."

student mcm sis ni pergi memane je mesti nmpk ada dua makhluk bernama manusia berjalan bersama, ketawa bersama, teman meneman, tipu la kalau kata tak jeles kan...

kalau duk kat hostel masuk bilik semua roommate dok bergayut dgn kekasih memasing, kita???
hanya mampu tengok henpon, henpon tengok kite balik haha

time makan ada orang tunggu nk teman, kita??? bungkuiih je la makan kt bilik

kalau time hujung minggu dah ada plan, kita??? duk depan laptop layan movie ketawa menangis sorang-sorang

tu la kita manusia tengok orang ada kekasih kita pun nk ada tengok orang kahwin kita nk kahwin sedangkan kita x tahu diri kita dh bersedia ke belum??? yup it's fitrah tapi mampu x kita guna fitrah itu dengan sebaik mungkin

bila kita sorang atau senang citer single la kan x payah nk menangis melalak hape kata diri ni x laku
di sebalik perkataan single ada keindahan yg orang bercinta x dapat rasa tau


keindahan yg pertama ayaq mata kau x dibazirkan untuk orang lain. air mata kita mahaii tau toksah la nk pi bazirkan untuk orang yg melukai hati kita. yg kedua ialah bebas. kita bebas melakukan apa sahaja yg kita suka dan opkos kita rasa gembira bila dpt buat bende yg kita suka dan yg paling penting perasaan gembira tu bukan satu penipuan

tapi kegembiraan untuk org yg berpasang-pasangan kadang2 satu penipuan kenapa pulak erkk sis kata macam ni??
sebab penipuan tu kita yg cipta. kita nk menampakkan bahawa kita adalah pasangan yg the best depan orang lain dan sedangkan pd hakikatnya ada tangisan yg kita sembunyikan dan ada hati yg terluka yg mana kita sendiri yg kene rawat luka senang citer fake happiness la 

sampai bila nk berlakon...rasa x boleh nk lepaskan sebab sayang sangat kat dia...
kau yakin dia sayangkan kau??? 
kau yakin dia orang yang ditakdirkan untuk kau???

"aku dah kenal lama dengan dia, aku faham dia, aku yakin dia sayang aku"

cukup yakin kita berkata mcm tu tapi bila sekali Allah uji dengan perpisahan, kita tersungkur, hilang harapan, hilang semangat rasa berputus asa 

seolah-olah semuanya sudah berakhir...

terlalu banyak nikmat yg Allah berikan tp ujian sekecil tu yg kita nk amik peduli mana rasa syukur kita???

bukan ke ujian tu merupakan satu rahmat...bersyukur sbb itu tandanya Allah sayang kat kita kann Allah nk tunjukkan bahawa kita mencintai orang yg salah 

kenapa rasa kecewa??? jawapan sis ialah sbb kita meletakkan hati kita 100% pada manusia...kita terlalu yakin bahawa dia tidak meninggalkan kita...kita yakin dgn tempoh perkenalan yg lama, kita betul2 kenal dia yakin dia milik kita

tapi kita lupa bahawa Allah itu maha berkuasa...kita hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukan 

bila semua rancangan kita tak berhasil seperti apa yg diharap sis rasa kita senyum je sbb manusia merancang dengan cita2 tetapi Allah merancang dengan cinta 

inginkan dia kembali...sampai bila nk berharap 
mungkin susah nk melupakan mungkin sebulan mungkin setahun dan mungkin bertahun2 lamanya 
tapi selagi kita mencuba untuk bangkit mesti ada jalannya 

tak semua orang mampu nk ikhlaskan hati 
kalau ikhlas kenapa masih menangis???
kenapa masih nk jejak dia??? masih berfikir tentang dia???
itu tandanya masih belum ikhlas, belum redha

"kadang-kadang Allah hilangkan mentari. kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita cari mana mentari. rupa-rupanya Allah nk hadiahkan kita pelangi yg indah"

jadi kenapa takut nak lepaskan 

"Allah beri apa yg kita perlu, bukan apa yg kita mahu, maka ikhlaskan hati. Kalau Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yg terbaik untuk kita "

semangat tu ada cuma kita terlalu kesiankan diri sendiri sampai x nampak kekuatan untuk bangkit daripada kekecewaan 

sampai bila nk terus menangis...come on la banyak lagi bende yg nk kene settle hokeyy

menangis tu x salah nangis la sepuas-puasnya nak oii tp jgn biarkan ianya berterusan 

ayuhh...bangkit daripada kesedihan come on...life must go on  

tp kalau dengan menangis pun masih x boleh bangkit cuba cari seseorang yg boleh dipercayai utk mendengar luahan hati, yg boleh bg semangat dan mampu bg jalan yg terbaik

in case kalau x de org yg memahami mmg dh kesian sangat dah ni kita jangan lupa kita ada Allah 

x payah takut2...cerita lah segala-galanya sampai A to Z pada Allah
biar tenang jiwa lapang dada 

move on hokeyy ubah cara hidup 
ambil peluang ini untuk kita dekat pada Allah 
sesungguhnya Allah itu maha mendengar 
Allah x pernah tinggalkan kita 
Hanya kita yg selalu leka dan lalai

"ketika Allah rindu pada hambanya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril iaitu ujian"

selagi kau menahan perasaan selagi tu kau x kan dapat kebahagiaan sebenar. letakkan kepercayaan pada Allah 

kita mungkin dipertemukan dengan orang yg salah pada awalnya untuk mengajar kita lebih dewasa. belajar dari kesilapan dan perbaiki diri untuk jadi yg terbaik 

orang yg sebenar mungkin ada di luar sana 
walaupun bukan dia tapi kita akan bahagia 

"if u can love the wrong person so much just imagine how much you can love the right one" mesti lagi banyak kan

apa yg sis nk sarankan 
bersabar dan terus berdoa 
Allah tahu bila waktunya 
tak cepat tak lambat
apabila kita betul-betul bersedia 

so?? dah ikhlaskan hati ke masih terpaksa 

what you need to work on is your relationship with Allah and then you will get the answer!!!
sekadar pendapat sis :)











Monday, 24 August 2015

Matrics Life

Untuk first entry ni sis teruja nk citer pasal life kat matrik. Dalam diam 3 tahun dah sis tinggalkan zaman matrik. Rindu giler tahap gaban sebab matrik kan setahun je x sempat nk beramah mesra bercanda ria dah habis belajar. Actually matrik ni ada dua bidang je sains dgn akaun. Sis dapat KMJ atau nama penuhnya Kolej Matrikulasi Johor dalam bidang sains n buat pengetahuan u olls sains pulak ada tiga modul. Untuk lebih jelas sis buatkan dalam point senang siket korang nk paham:



  • Modul 1 : Fizik, kimia, biologi, math, english
  • Modul 2 : Fizik, kimia, sains komputer, math, english
  • Modul 3 : Kimia, biologi, sains komputer, math, english
Mula-mula sis dapat modul 1 nanti korang akan dibahagikan ikut praktikum. Praktikum ni mcm kelas la kalau kat sekolah tapi jumlah pelajarnya sedikit. Pabila sis masuk buat kali pertamanya opkos la kan kene introduce diri dulu "part ni paling x suka" sebab sis ni malu-malu kucing sikit  xD. Rata-rata kat dalam praktikum sis tu hebat giler nk mati SPM mereka dan keputusan SPM sis biasa-biasa je. Dalam banyak-banyak subjek sis paling x suka subjek fizik...sis memang dah tekad x nk amik fizik or apa-apa sahaja yg berkaitan dgn fizik. Lepas je dapat result SPM sis memang dah tanam dalm kepala hotak sis 'PHYSICS IS MY ENEMY' haha ayat paling kejam yg pernah sis tanam. Jadi sis decide untuk tukar modul kepada modul 3 sebab x de fizik dan sis lebih rela amik sains komputer daripada fizik. Sis pun menggagahkan diri pergi pejabat HEP untuk penuhkan borang tukar modul. Sementara menunggu keputusan tukar modul tu lebih kurang seminggu macam tu tetibe lecturer yg ajar fizik tu nk buat physics diagnostic test...rasa nk hantuk kepala kat dinding sebab sis dh banyak lupa ye la lima bulan kau cuti memang membeku la otak kan...jadi sis pun jawab je la test tu mengikut apa yg tersisa dalam hotak yg masih belum menjalani proses pembekuan lagi..nasib baik A B C je jadi yg x tahu boleh taram mengikut sesuka hati seenak selera 'ayat ustad rock waktu sekolah'!. Esoknya lecturer tu bagi tau keputusan test fuhh masa tu deborr giler mana x nya lecturer tu sebut nama sorang2 ngan markah sekali ramaii gilerr yg fail test tu dan sis merasakan sis pun fail tapi sebenarnya sis x fail pon siap dapat 3rd highest bangga la jugak time tu nasib x kembang je hidung. Almaklumlah yg dlm praktikum tu semua hebat2 jd sis expect diaorang atas sis syukur alhamdulillah mungkin sasaran sis masa menembak tu tepat pada tempatnya hahaha...'x paham x pe'

Setelah seminggu berlalu sis berjaya untuk tukar modul walaupun sis dpat helok dalam test fizik tu sis tetap nk tukar dan sis telah rasmi menjadi pelajar modul 3 dgn jayanya. 


ni la dia budak2 praktikum sis. time nih sis bambam akibat food overdose

sis belanja satu gambar formal...sis mcm makcik2 sbb pakai tudung awning 

Selama setahun macam2 sis lalui manis, masam, masin, pahit, payau semua ada...tp adatlah dalam bersahabat kan kawan-kawan. Tgh belajar mesti ada member paling rapat kannn

Fatin Munazzah la member sis yg paling ngam waktu matrik *no spec*

Kalau amik subjek bio mmg ada satu eksperimen bedah tikus kalau kat sekolah ada bedah katak kan kt matrik kita bedah tikus. Tikus kan adalah satu makhluk yg berbau harummm semerbak jd walaupun pakai mask pun still bau. Sis nk buat tp sis geli nk pegang walaupun dh pkai glove. Sis cuba sedaya upaya utk pegang tikus ni tp sis x boleh tangan sis menggigil oiii jd sis pun mintak permission drpd lecturer supaya sis x buat eksperimen ni haha nasib baik lecturer tu sempoi dia suruh sis jd  photographer je hari tu. 

gebusss x tikus ini....haha ni la tikus makmal yg nk kene operate

time nih nk besiap- siap untuk dinner...mak jemah nk test sat kain batik ni 

taraaaa nih gambar dinner mata sis x leh kene flash kan dah bertukaq jd mata meoww


yeahhh kami dapat no.2 dlm pertandingan explorace haha kau hado

tudiaaa... byk kan makanan ini moment paling top meletop nk berbuka 
pose sesame 

 haiippp ada orang amek gambar kami curi2...kak patin pandang 
apa kat bawah tu

amik kesempatan main snap2 before ada orang lain masuk

baru habihh gotong-royong sis je rilek x buat gaya ape2

masa ni dh hujung2 sem sebak pulak sis :'(

Ni la life sis wktu matrik dulu susah senang kami harung bersama-sama. Walaupun setahun tp mengajar sis mcm mana nk appreciate orang lain. Skrg ni memasing sambung degree dlm bidang masing2 ad yg dekat ad jugak yg jauhhh tercampak macam sis ni. Tak pe jauh perjalanan luas pandangan. Haha next entry kita citer pasai degree pulak hokayy